AKTIVITI : MY KOMUNITI TARIKH : 15 FEBRUARI 2019 MASA : 11.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 6 ORANG |
Tujuan
Kelas Dashboard My Komuniti ini diadakan bagi mempromosi aplikasi Dashboard serta kemudahan yang disediakan di Pusat Internet kepada pelajar luar bandar.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta dikehendaki untuk memuat turun gambar dan seterusnya menyunting gambar tersebut untuk dimuat naik ke dalam My Komuniti dengan bimbingan petugas PI.
AKTIVITI : ASAS SUNTINGAN IMEJ TARIKH : 15 FEBRUARI 2019 MASA : 9.30 PAGI - 11.30 PAGI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 6 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara-cara untuk sunting imej dengan baik.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta diberi tunjuk ajar untuk memuat turun gambar melalui laman internet dan menyimpan gambar tersebut ke dalam folder komputer. Kemudian peserta dikehendaki untuk menggunakan perisian Microsoft Publisher untuk menyunting imej atau gambar mengikut kreativiti masing-masing.
AKTIVITI : PERMAINAN PENDIDIKAN ONLINE TARIKH : 14 FEBRUARI 2019 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 8 ORANG |
Tujuan
Kelas permainan ini diadakan adalah untuk menarik minat pelajar luar bandar untuk mendekati dan menggunakan kemudahan teknologi seperti kemudahan komputer dan capaian internet. Selain itu juga, sebagai salah satu alternatif untuk mempromosi PI kepada komuniti setempat.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta dikehendaki menggunakan komputer dan mencari laman permainan pendidikan melalui atas talian dengan dibimbing oleh petugas PI.
AKTIVITI : MICROSOFT EXCEL TARIKH : 1 FEBRUARI 2019 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 7 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas ICT ini diadakan adalah untuk memupuk minat dalam kalangan pelajar luar bandar terhadap kemudahan teknologi yang disediakan di PI seperti mempelajari asas-asas perisian Microsoft.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi penerangan ringkas berkenaan kegunaan asas Microsoft Excel. Kemudian, peserta dikehendaki mengikuti setiap langkah yang ditunjukkan oleh petugas PI dengan menggunakan Microsoft tersebut. Para peserta berjaya menyiapkan tugasan dengan baik malah memohon agar kelas seperti itu dapat dijalankan lagi.
AKTIVITI : PERMAINAN PENDIDIKAN - WORD SEARCH TARIKH : 19 JANUARI 2019 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 10 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan sebagai salah satu cara mempromosi untuk menarik lebih ramai pengunjung dan ahli PI. Selain itu juga, supaya peserta dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah dan belia.
AKTIVITI : PEMERIKSAAN KESIHATAN MY HEALTH TARIKH : 10 JANUARI 2019 MASA : 12.00 TENGAHARI - 1.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 6 ORANG |
Tujuan
Sebagai salah satu untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI disamping dapat melakukan pemeriksaan terhadap peserta yang hadir ke PI.
Aktiviti
Peserta dapat mengetahui tahap kesihatan masing-masing dengan pemeriksaan yang dilakukan di PI Kg Tembila seperti bacaan gula dalam darah, serta tekanan darah.
AKTIVITI : PROGRAM TEAM MOBILE KWSP TARIKH : 10 JANUARI 2019 MASA : 9.30 PAGI - 1.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 25 ORANG |
Tujuan
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama PI dengan Team Mobile KWSP. Selain itu, program ini juga masing-masing memberi kelebihan kepada dua-dua pihak seperti menarik lebih ramai pelanggan dan dapat memberi pengetahuan tentang kelebihan dan keistimewaan KWSP juga PI kepada penduduk setempat.
Aktiviti
Peserta yang hadir diberi taklimat ringkas oleh petugas Team Mobile KWSP. Kemudian, peserta melakukan pendaftaran untuk i-suri dan sebagainya.
AKTIVITI : LATIHAN ASAS E-REZEKI TARIKH : 6 JANUARI 2019 MASA : 2.30 PETANG - 5.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Latihan keusahawanan ini diadakan bertujuan untuk membantu golongan yang layak untuk menambah pendapatan melalui platform E-Rezeki.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada golongan belia dan merupakan lepasan sekolah. Peserta diberi penerangan serta tayangan klip video E-rezeki bagi membantu untuk memahami lebih jelas konsep tersebut. Kemudian peserta dibantu oleh petugas PI untuk pendaftaran secara atas talian.
AKTIVITI : KEMAHIRAN ASAS ADOBE PHOTOSHOP TARIKH : 5 JANUARI 2019 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 7 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang perisian Adobe Photoshop selain daripada untuk mengisi masa lapang mereka.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi penerangan ringkas berkenaan cara-cara menggunakan dan kelebihan yang ada pada perisian tersebut.
AKTIVITI : TUTORIAL MATEMATIK TARIKH : 4 JANUARI 2019 MASA : 3.00 PETANG - 4.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar yang memerlukan bantuan dan bimbingan dalam pelbagai bidang seperti ICT dan juga dalam bidang akademik.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi bimbingan dalam menyelesaikan soalan yang sukar dan mencabar.
AKTIVITI : PERMAINAN PENDIDIKAN DALAM TALIAN TARIKH : 4 JANUARI 2019 MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 7 ORANG |
Tujuan
Sebagai salah satu cara mempromosi untuk menarik lebih ramai pengunjung dan ahli PI. Selain itu juga, supaya peserta dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta diberi latihan dan bimbingan dalam menggunakan komputer bagi peserta yang baru menyertai kelas ICT yang diadakan di PI. Bagi peserta yang telah lama menyertai kelas, mereka berjaya meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dengan baik.
AKTIVITI : MICROSOFT EXCEL TARIKH : 1 JANUARI 2019 MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan asas perisian Microsoft Excel kepada golongan belia dan juga merupakan wanita. Selain itu, juga untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI Kg Tembila.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan tentang kegunaan perisian tersebut oleh petugas PI. Kemudian, peserta perlu menyiapkan tugasan yang diberikan dengan pertolongan dan bimbingan daripada petugas PI.
Jom bersama-sama memeriahkan program pada 23 Nov 2018, bermula 8.00 pagi - 1.00 tengahari.
AKTIVITI : PENGENALAN KEPADA E-REZEKI TARIKH : 17 DISEMBER 2018 MASA : 2.30 PETANG - 5.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Latihan keusahawanan ini diadakan bertujuan untuk membantu golongan yang layak untuk menambah pendapatan melalui platform E-Rezeki.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada golongan belia dan merupakan lepasan sekolah. Peserta diberi penerangan serta tayangan klip video E-rezeki bagi membantu untuk memahami lebih jelas konsep tersebut. Kemudian peserta dibantu oleh petugas PI untuk pendaftaran secara atas talian.
AKTIVITI : LATIHAN ASAS E-REZEKI TARIKH : 15 DISEMBER 2018 MASA : 2.30 PETANG - 5.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Latihan keusahawanan ini diadakan bertujuan untuk membantu golongan yang layak untuk menambah pendapatan melalui platform E-Rezeki. Disamping itu juga untuk mempromosikan PI kepada peserta dan penduduk setempat.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada pelajar Universiti. Peserta diberi penerangan serta tayangan klip video E-rezeki bagi membantu peserta memahami lebih jelas konsep tersebut. Kemudian peserta dibantu oleh petugas PI untuk pendaftaran secara atas talian.
AKTIVITI : PENGENALAN KEPADA GOOGLE TRANSLATE TARIKH : 13 DISEMBER 2018 MASA : 2.30 PETANG - 4.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 10 ORANG |
Tujuan
Kelas seperti diadakan adalah untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari kemahiran multil anguage atau pelbagai bahasa melalui platform internet.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi contoh ayat dalam bahasa Inggeris dan dikehendaki untuk mencari setiap maksud ayat tersebut dengan menggunakan aplikasi google translate. Para peserta menunjukkan semangat yang terbaik dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Sedikit sebanyak kelas seperti ini dapat memberi manfaat kepada peserta.
AKTIVITI : LATIHAN ASAS E-REZEKI TARIKH : 6 DISEMBER 2018 MASA : 10.00 PAGI - 1.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI selain daripada kemudahan internet, mencetak dan sebagainya. Selain itu, untuk membantu golongan belia dengan cara memperkenalkan platform pendapatan digital E-rezeki.
Aktiviti
Peserta merupakan lepasan sekolah. Petugas PI membantu peserta dalam melakukan pendaftaran E-rezeki setelah menerangkan syarat dan kelebihan E-rezeki.
AKTIVITI : KEMAHIRAN ASAS MICROSOFT EXCEL TARIKH : 5 DISEMBER 2018 MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 5 ORANG |
Tujuan
Untuk memberi latihan asas Microsoft Office kepada pelajar luar bandar supaya mereka dapat menjadi pelajar yang celik IT.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Mereka diberi penerangan dan contoh oleh Petugas PI.
AKTIVITI : PENDAFTARAN PERBANKAN DALAM TALIAN BSN TARIKH : 4 DISEMBER 2018 MASA : 3.00 PETANG - 4.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Untuk menyediakan kemudahan internet kepada peserta luar bandar. Disamping itu juga sebagai salah satu cara untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di PI.
Aktiviti
Peserta merupakan lepasan sekolah. Petugas PI menerangkan cara - cara untuk melakukan pendaftaran perbankan.
AKTIVITI : ASAS KEMAHIRAN ADOBE PHOTOSHOP TARIKH : 4 DISEMBER 2018 MASA : 2.30 PETANG - 4.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 10 ORANG |
Tujuan
Kelas kemahiran Adobe ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat dan kemahiran peserta dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop sebagai alat dan kemudahan teknologi dalam menyelesaikan tugasan pelajar bahkan dalam kehidupan sosial.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi penerangan ringkas oleh petugas PI berkenaan fungsi-fungsi dan cara menggunakan Adobe Photoshop. Kelas tersebut hanya berfokuskan untuk menghilang latar belakang gambar sahaja. Para peserta memerlukan masa untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan baik.
AKTIVITI : ASAS KEMAHIRAN MENAIP TARIKH : 1 DISEMBER 2018 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 8 ORANG |
Tujuan
Untuk memberi kelas ICT percuma kepada ahli yang berdaftar dengan PI selain daripada untuk memberi latihan Microsoft kepada pelajar.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi penerangan dan contoh penggunaan Microsoft daripada petugas PI. Kemudian mereka dikehendaki untuk menaip berdasarkan contoh yang telah disediakan oleh petugas PI.
AKTIVITI : PENDAFTARAN SEK MENENGAH SECARA ATAS TALIAN TARIKH : 1 DISEMBER 2018 MASA : 11.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Untuk memperkenalkan kemudahan yang disediakan di PI iaitu kemudahan internet dan sebagainya. Selain itu juga, untuk meningkatkan penggunaan teknologi komputer dalam kalangan pelajar luar bandar.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah menengah. Peserta membuka laman web yang diperuntukkan untuk mendaftar secara atas talian dengan bimbingan petugas PI.
AKTIVITI : PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET TARIKH : 23 NOVEMBER 2018 MASA : 8.00 PAGI - 1.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 80 ORANG |
Tujuan
Untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat selain daripada untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama diantara komuniti kampung dan agensi yang terlibat. Di samping itu juga, adalah untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktiviti
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran. Selepas itu, acara senaman aerobik yang diketuai oleh Alieya Fitdance. Antara acara yang disediakan adalah taklimat dan promosi Dashboard Komuniti, My shop, My place, dan muat turun aplikasi Dashboard Komuniti melalui telefon pintar. Acara dijalankan serentak dengan pemeriksaan kesihatan dan juga pertandingan mewarna poster kesihatan untuk kategori kanak-kanak. Seterusnya adalah sesi download video dan MP3 untuk golongan dewasa dan terus sambung dengan kuiz online (Kahoot) untuk dewasa. Seterusnya adalah pertandingan memuat naik artikel kesihatan ke Dashboard My Komuniti dan kuiz online (Kahoot) untuk kanak-kanak. Acara kemuncak adalah ceramah dari Encik Hilmi, pegawai Farmasi Ibnu Sina tentang penjagaan kesihatan dan pengambilan ubat. Acara diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah, cenderahati dan juga cabutan bertuah yang disampaikan oleh Pengerusi MPKK Kg Tembila En, Daud Bin Sulaiman.
AKTIVITI : LATIHAN ASAS E-REZEKI TARIKH : 22 NOVEMBER 2018 MASA : 10.00 PAGI - 1.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet. Selain itu juga, dapat membantu golongan belia dalam menambah pendapatan sampingan dengan memperkenalkan platform E-rezeki kepada mereka.
Aktiviti
Peserta merupakan golongan belia dan juga lepasan universiti. Beliau diberi penerangan secara ringkas tentang platform tersebut sebelum meneruskan kepada pendaftaran secara online.
AKTIVITI : DASHBOARD KOMUNITI - MY SOAL TARIKH : 19 NOVEMBER 2018 MASA : 3.30 PETANG - 5.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 10 ORANG |
Tujuan
Untuk memaksimum penggunaan kemudahan teknologi dalam kehidupan seharian seperti aplikasi Dashboard Komuniti - My Soal.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi taklimat dan demo oleh petugas cara-cara menggunakan Dashboard Komuniti - My Soal.
AKTIVITI : PERMAINAN PENDIDIKAN ONLINE TARIKH : 17 NOVEMBER 2018 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 8 ORANG |
Tujuan
Untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Pusat Internet disamping dapat meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dalam kalangan pelajar luar bandar.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta dikehendaki mengikuti setiap langkah yang ditunjukkan oleh petugas PI sebelum mereka diberikan tugasan berbentuk permainan pendidikan seperti permainan puzzle dalam talian.
AKTIVITI : MICROSOFT EXCEL FOR BEGINNER TARIKH : 15 NOVEMBER 2018 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 5 ORANG |
Tujuan
Untuk memberi latihan atau kelas IT secara percuma kepada ahli yang berdaftar dengan pusat internet. Selain itu, untuk mengisi masa lapang peserta dengan perkara yang berfaedah.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Para peserta diberi penerangan tentang Microsoft tersebut secara ringkas. Kemudian, mereka dikehendaki untuk menggunakan perisian tersebut dengan mengikuti setiap langkah yang ditunjukkan oleh petugas PI.
AKTIVITI : MEREKACIPTA BIODATA DIRI & APLIKASI PICTURE TOOLS TARIKH : 2 NOVEMBER 2018 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 6 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi latihan Microsoft Word kepada peserta iaitu merupakan pelajar sekolah rendan dan menengah.
Aktiviti
Peserta diberi penjelasan secara ringkas berkenaan perisian Microsoft Word. Kemudian, peserta diminta untuk merekacipta biodata diri dengan merujuk kepada contoh yang telah petugas PI sediakan. Kelas ini dapat membiasakan diri peserta dengan perisian serta fungsi - fungsi yang boleh digunakan untuk meningkatkan kekemasan dalam tugasan mereka. Walaupun peserta telah mengikuti kelas tersebut sebelum ini, namun kelas seperti ini tetap perlu diadakan kerana kebanyakkan peserta sudah lupa cara-cara asas untuk menggunakan perisian Microsoft ini.