TARIKH : 03 & 16 OGOS 2019 MASA : 3.00 - 4.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 4 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pengguna yang mahir dalam dalam penggunaan Microsoft Office seperti Word dan Excel.
AKTIVITI
Peserta membuat tugasan Microsoft Word dengan menaip dan mempelajari cara membuat surat rasmi. Peserti terdiri dari kalangan belia dan keatas.
TARIKH : 03 OGOS 2019 MASA : 3.00 - 4.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 6 ORANG |
TUJUAN
Menggalakkan pengunjung mahir dengan penggunaan komputer dan internet untuk tujuan harian.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar asa MIcrosoft Word iaitu menaip surat rasmi, selain menaip petugas juga memberi tunjuk ajar cara membuat karangan surat menyurat rasmi. Selain itu petugas juga memberi pendedahan cara pengisian borang atas talian dengan berkesan dan mudah dengan adanya dokumen yang lengkap dibawa bersama dan juga pengetahuan cara penggunaan internte dan komputer.
TARIKH : 10 & 13 JULAI 2019 MASA : 10.00PAGI - 12.00 TENGAHARI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 4 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada pengguna panduan mengisi borang atas talian dengan membawa maklumat yang lengkap bagi memudahkan proses pengisian borang.
AKTIVITI
Memberi tunjuk ajar dalam pengisian borang secara atas talian,selain memberitahu maklumat terkini yang perlu diisi.
TARIKH : 20 JULAI 2019 MASA : 8.00PAGI - 2.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 160 ORANG |
TUJUAN
Memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti serta mempromosi advokasi SKMM.
AKTIVITI
Hari Bersama Komuniti telah dijalankan pada 20 Julai lalu dengan kehadiran pengunjung seramai 160 orang yang melibatkan golongan belia, dewasa, ibubapa, pelajar IPTA/IPTS,sekolah menengah dan rendah serta kanak-kanak tadika. Pelbagai aktiviti dan taklimat disediakan antaranya ialah taklimat dari agensi yang hadir iaitu dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Ar Rahnu (YAPIEM), taklimat kesihatan dan pemeriksaan kesihatan dari Klinik Sri Medan serta wakil dari Koperasi Ummum Wahidah Terengganu. Bengkel keusahawanan seperti perbankan internet dan My Shop turut dijalankan. Selain itu, bengkel kelas Multimedia seperti Movie Maker dan suntingan imej juga disediakan untuk pengunjung. Para pengunjung boleh membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma dan juga menyertai pelbagai acara sukaneka seperti Tiup Belon bagi kanak-kanak tadika, Cari Gula- Gula Dalam Tepung untuk kategori pelajar sekolah rendah. Bagi kategori belia, dewasa dan ibubapa mereka menyertai ativiti sukaneka Biskut Challence dan Lontaran Kasih. Selain aktiviti sukaneka, PI juga menyediakan pelbagai aktiviti iaitu Taklimat Advokasi, Pertandingan Kahoot,Mengarang Artikel(My Komuniti), My Place,Mewarna Online dan Penghasilan Origami.
TARIKH : 05 & 12 JULAI 2019 MASA : 10.00PAGI - 5.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 26 ORANG |
TUJUAN
Menggalakkan pengguna mahir dalam penggunaan video untuk tujuan tugasan mahupun dalam perniagaan. Kemahiran dalam membuat video menggalakkan lagi promosi pemasaran.
AKTIVITI
Peserta yang terlibat terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah dan keatas serta pelajar IPTA/IPTS seramai 26 orang. Mereka diberi tunjuk ajar cara membuat video menggunakan movie maker dan penggunaan Microsoft Power Point untuk tujuan pembentangan sebelum memulakan penghasilan video.