TARIKH : 4 SEPT 2019 MASA : 8.00PAGI - 2.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG JABI PESERTA : 100 ORANG |
TUJUAN
Menjalinkan dan merapatkan lagi hubungan yang baik antara pihak TM, Pusat Internet dan komuniti setempat serta memberi kesan positif kepada semua.
AKTIVITI
melakukan aktiviti gotong royong disekitar Masjid Kg Jabi dengan membersihkan kawasan, saluran longkang dan tanaman pokok-pokok hijau bagi menceriakan lagi kawasan sekitar masjid. Pihak komuniti setempat dan pihak terlibat turut bagi kerjasama dalam menyediakan juadah untuk semua dengan membuat gulai kawah secara beramai-ramai. Aktiviti pagi dimulakan dengan riadah berbasikal disekitar kawasan Kg Jabi. Pelbagai acara turut disediakan iaitu derma darah, pemeriksaan kesihatan, jualan produk PDK dan aktiviti pertandingan bagi kategori bermula dari kanak-kanak sehingga ke peringkat ibubapa.
TARIKH : 24 OGOS 2019 MASA : 12.00TENGAHARI - 1.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 20 ORANG |
TUJUAN
Memperkenalkan Malaysia ICT Volunteer(MIV) kepada komuniti setempat dan kewujudan MIV adalah untuk membantu menggalakkan orang ramai menyertai dan menyumbang kepada pemerkasaan rakyat Malaysia untuk menjadi lebih produktif.
AKTIVITI
Menyediakan 1 aktiviti iaitu menampal bendera dengan menggunakan kertas dan alatan yang diberi.Peserta yang terlibat terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan kebawah seramai 20 orang.
TARIKH : 06, 07 & 15 OGOS 2019 MASA : 2.00 - 5.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 7 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pengguna yang bijak dalam penggunaan komputer dan internet untuk tugasan harian.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar cara memuat turun gambar dan mengedit gambar dalam laman web. Peserta juga diajar cara membuat pendaftaran perbankkan internet untuk tujuan pembayaran atas talian. Peserta yang terlibat dari sekolah menengah dan belia, bagi pelajar sekolah mereka diajar cara membuat carian Google Map untuk tujuan carian lokasi.
TARIKH : 24 OGOS 2019 MASA : 8.00PAGI - 1.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 350 ORANG |
TUJUAN
Memperkenalkan Pusat Internet, promosi Dashboard Komuniti dan juga kesedaran 'Analogue Switch Off' (ASO) kepada pengunjung.
AKTIVITI
Pelbagai aktiviti disediakan antaranya ialah Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak dan Dewasa Merdeka, Pertandingan Teka Rempah Ratus, Musang Berjanggut,Hiasan Basikal Merdeka, Gubahan Jalur Gemilang, Word Search(Komputer Term),Komputer Tools, Maze,dan juga kuiz spontan ICT dan kemerdekaan. Acara yang dipertandingkan melibatkan semua kategori. Seramai 350 orang pengunjung yang hadir.
TARIKH : 09 OGOS 2019 MASA : 3.00 - 4.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 12 ORANG |
TUJUAN
Memberi didikan kemahiran tentang penggunaan Microsoft Office iaitu menggunakan Microsoft Publisher untuk membuat suntingan imej, pemplet dan sebagainya. Selain itu, membuat promosi Dashboard Komuniti kepada pengunjung.
AKTIVITI
Membuat poster sempena Hari Raya Aidiladha dengan menggunakan Microsoft Publisher. Selepas itu peserta perlu memuatnaik poster yang telah siap ke dalam My Komuniti Dashboard Komuniti. Peserta yang terlibat adalah seramai 12 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah.