TARIKH : 07 DIS 2019 MASA : 4.00 - 5.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 4 ORANG |
TUJUAN
Memupuk pelajar agar sentiasa meluang masa dengan berhemah tanpa membuang masa dengan benda yang tidak berfaedah.
AKTIVITI
Peserta diberi aktiviti teka silang bagi untuk memupuk semangat mereka untuk terus seronok datang ke Pusat Internet sempena musim cuti sekolah. Mereka terdiri daripada 4orang pelajar sekolah rendah.
TARIKH : 05 DIS 2019 MASA : 10.30 - 12.30 PAGI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Mendidik komuniti yang rajin untuk menimbal ilmu dan menggalakkan pelajar menyertai kelas-kelas pembelajaran bagi menambahkan ilmu pengetahuan pembelajaran persekolahan.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar dalam pembelajaran Matematik untuk pelajar Tahun 2 bagi menambahbaik dalam pembelajaran mereka. Mereka diajar subjek untuk ulangkaji sempena cuti sekolah.
TARIKH : 04 DIS 2019 MASA : 3.30 - 4.30 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Memberi kemudahan kepada komuniti setempat seterusnya melahirkan komuniti yang celik it dan mampu menguruskan urusan rasmi diatas talian.
AKTIVITI
Peserta mengisi borang Zakat MAIDAM secara atas talian bagi memudahkan lagi urusan rasmi tanpa pergi ke pejabat MAIDAM terdekat. Peserta juga diberi tunjuk ajar dalam pengisian borang yang betul dengan penyediaan dokumen yang tepat.
TARIKH : 04 DIS 2019 MASA : 2.30 - 3.30 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada pelajar terutama pelajar sekolah rendah tentang peralatan penggunaan komputer dan penggunaan youtube agar mereka lebih berpegetahuan tentang ICT.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar pengenalan kepada peralatan komputer dan cara menggunakan pembelajaran secara visuol iaitu melalui YOUTUBE.
TARIKH : 19 NOV 2019 MASA : 2.30 - 4.30 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 4 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan belia yang kreatif dan bijak dalam penggunaan teknologi masa kini
AKTIVITI
Peserta diajar cara mengambil gambar produk dengan betul agar ia kelihatan menarik dan kemas. Sebelum itu, peserta juga telah membuat gubahan dengan produk untuk sesi fotoshoot.