TARIKH : 13 MAC 2020 MASA : 2.30 - 3.30 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Memberi didikan dalam pembelajaran persekolahan agar pelajar tidak leka dengan kunjungan mereka di Pusat Internet.
AKTVITI
Pelajar diberi tunjuk ajar dalam subjek matematik bagi pelajar sekolah rendah. Mereka diberi latihan bagi pengukuhan daya penaakulan dalam subjek Matematik dan subjek lain agar mereka tidak terus lalai dengan tugasan sekolah.
TARIKH : 05 - 10 MAC 2020 MASA : 10.00 - 12.30 TENGAHARI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 10 ORANG |
TUJUAN
Memupuk pengguna yang bijak dan celik it dalam penggunaan komputer dan internet.
AKTIVITI
Pengisian borang kemasukan darjah 1 bagi tahun 2021 akan datang,pengisian borang Maidam bagi memohon bantuan sosial ekonomi dan juga borang kemasukan ke IPTA/IPTS bagi pelajar lepasan SPM & STPM 2019.
TARIKH : 23, 25 & 27 FEB 2020 MASA : 10.00 - 11.00 PAGI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 4 ORANG |
TUJUAN
Membantu peserta yang berminat untuk menimba ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer dan asas Microsoft Office. Menggalakkan pengunjung mahir dalam setiap Microsoft Office.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar Asas Microsoft Excel iaitu pengiraan melalui 'row & collum'. Peserta juga diberi latihan excel bagi menjelaskan lagi cara penggunaan Excel dalam kira-kira tanpa menggunakan kalkulator.
TARIKH : 27 FEB 2020 MASA : 10.00 - 11.30 PAGI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 25 ORANG |
TUJUAN
Untuk melahirkan kanak-kanak yang celik IT selaras dengan perkembangan masa kini. Memberi pendedahan kepada kanak-kanak pengenalan komputer dan penggunaan internet.
AKTIVITI
Mewarna 'ladybug' atas talian melalui 'web colouring for you'. Petugas juga memberi tunjuk ajar cara pegang mouse dan pengendalian komputer semasa mewana.
TARIKH : 22 FEB 2020 MASA : 2.30 - 3.30 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 10 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada komuniti agar berhati-hati semasa membuat klik dan klik dengan bijak bagi mengelakkan diri daripada keganasan penggunaan internet.
AKTIVITI
Peserta diberi taklimat kepentingan membuat klik dengan bijak oleh petugas agar tidak terjerumus dan terjebak dengan penipuan internet dan juga membuat kecaman kritikan tanpa bukti yang kukuh.