TARIKH : 10 JAN 2020 MASA : 10.00 - 11.00 TENGAHARI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang bijak pandai dalam penggunaan ICT dan komputer.
AKTIVITI
Mengisi borang secara atas talian. Peserta seramai 2 orang yang merupakan golongan belia. Petugas juga memberi tunjuk ajar kepada peserta cara mengisi borang dengan betul.
TARIKH : 10 JAN 2020 MASA : 3.00 - 4.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 5 ORANG |
TUJUAN
Promosi penggunaan Dashboard Komuniti - My Komuniti kepada penduduk setempat.
AKTIVITI
Mengarang artikel untuk dimasukkan dalam My Komuniti Dashboard Komuniti. Peserta yang terlibat adalah seramai 5 orang yang terdiri daripada golongan pelajar.
TARIKH : 07, 11 - 12 JAN 2020 MASA : 10.30PAGI - 3.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 11 ORANG |
TUJUAN
Melatih dan melahirkan warga komuniti terutama yang melibatkan para pelajar dan golongan belia agar mahir dalam penggunaan Microsoft Word dan penggunaan komputer.
AKTIVITI
Peserta diajar mengarang artikel dan cara membuat 'row & colum'. Mereka juga diberi tugasan untuk menaip bagi melancarkan lagi menaip dengan menggunakan Microsoft Word.
TARIKH : 10 JAN 2020 MASA : 4.00 - 5.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 5 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan permainan pendidikan atas talian kepada pelajar sekolah agar mereka tidak melakukan aktiviti yang membosankan.
AKTIVITI
Memberi aktiviti Word Search iaitu permainan yang memerlukan pelajar berfikir dan tahu cara penggunaan komputer dan mengendalikan permainan itu.
TARIKH : 11 & 14 DIS 2019 MASA : 10.00PAGI - 5.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 8 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pengguna yang bijak dan mahir dalam penggunaan teknologi dan ICT.
AKTIVITI
Pengguna menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet. Petugas juga memberi tunjuk ajar dalam pengisian borang atas talian. Peserta yang terlibat terdiri daripada golongan belia, kakitangan awam dan pelajar lepasan sekolah. Mereka diberi tunjuk ajar dalam pengendalian web seperti pengisian borang HRMIS bagi kakitangan awam untuk memohon maklumat pekerjaan mereka. Belia yang ingin mendirikan rumahtangga juga perlu mengisi borang munakahat atas talian. Petugas memaklumkan kepada peserta agar bawa dokumen yang lengkap semasa pengisian borang agar semuanya dipermudahkan.