TARIKH : 02 JULAI 2020 MASA : 9.30 - 11300 PAGI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Memberi kemudahan internet kepada pengunjung agar tidak ketinggalan dalam permohonan kerja terutama bagi yang mencari pekerjaan.
AKTIVITI
Pengunjung menjawab soalan peperiksaan SPA8 secara atas talian. Kemudahan Pusat Internet yang disediakan menjadikan pengunjung lebih selesa dan lebih memilih Pusat Internet berbanding tempat lain untuk dijadikan tempat mencari ilmuan dan juga menjawab peperiksaan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kepada semua usahawan-usahawan dan bakal usahawan jom sertai pertandingan Usahwan Baru Online Pusat Internet dan menangi hadiah wang tunai yang lumayan. Selain hadiah yang lumayan Pusat Internet juga cuba membantu usahawan-usahawan untuk mengembangkan lagi cabang perniagaan dan membantu meningkatkan jualan produk dari segi saluran promosi jualan produk.
Pendaftaran pertandingan boleh dibuat di Pusat Internet Kg Tembila dan sudah dibuka, tarikh akhir pendaftaran adalah 20 Julai 2020. Rebutlah peluang keemasan dengan menangani wang tunai yang lumayan dan sertai kelas Shopee/Lazada secara PERCUMA.
TARIKH : 22 JUN 2020 MASA : 3.00 - 4.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Untuk melahirkan komuniti setempat yag mahir dalam penggunaan Microsoft Word dan penggunaan internet dengan baik.
AKTIVITI
Pengunjung membuat rancangan pembelajaran menggunakan Microsoft Word dengan bantuan petugas. Petugas memberi tunjuk ajar cara membuat row & colum dengan betul dan format paragraft yang betul.
TARIKH : 29 JUN 2020 MASA : 10.00 - 11.00 PAGI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan usahawan yang serba boleh dalam mempromosikan produk keluaran mereka.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar cara membuat logo sticker produk bagi tujuan promosi dan maklumat bagi pengeluaran produk baharu.
Petugas juga memberi cadangan bagi mempromosi produk keluaran baru.
TARIKH : 17 JUN 2020 MASA : 9.30 - 10.30 PAGI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Untuk melahirkan komuniti yang celik IT dan berpengetahuan tentang keadaan semasa pengisian borang.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar cara pengisian borang pendaftaran kemasukan Tahun 1 pada 2021. Pengunjung juga diberitahu maklumat yang tepat dan dokumen yang perlu dibawa sebelum pengisian borang agar proses pengisian borang berjalan dengan lancar.