TARIKH : 22 FEB 2020 MASA : 3.00 - 5.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 10 ORANG |
TUJUAN
Untuk melahirkan pelajar yang cerdik pandai dalam penggunaan teknologi terkini melibatkan pembelajaran dan juga media sosial.
AKTIVITI
Peserta yang terlibat seramai 10 orang dan terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Mereka diberi pendedahan cara menggunakan kemudahan teknologi untuk tujuan pembelajaran dan juga permainan dalam bentuk pendidikan agar menarik minat mereka iaitu dengan permainan kuiz atas talian Kahoot dan juga Word Search.
TARIKH : 12 - 18 FEB 2020 MASA : 11.00 - 12.30 TENGAHARI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 10 ORANG |
TUJUAN
Membentuk komuniti yang bijak pandai dalam penggunaan Microsoft Office terutama Microsoft Word untuk tugasan harian termasuk tugasan sekolah bagi pelajar sekolah.
AKTIVITI
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah,menengah,pelajar IPTA/IPTS, wanita dan juga belia. Mereka bersemangat untuk belajar dan gembira kerana mereka dapat menyelesaikan masalah terutama melibatkan pelajar yang sememangnya wajib menggunakan Microsoft Word dalam menyiapkan tugasan mereka. Petugas memberi latihan asas Microsoft Word bagi melatih peserta seterusnya memahami konsep asas penggunaan Microsoft Word.
TARIKH : 06 FEB 2020 MASA : 11.00 - 12.00 TENGAHARI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang celik IT dalam semua urusan termasuk urusan jual beli atas talian. Memupuk komuniti bijak cakna dengan perkembangan terkini.
AKTIVITI
Peserta diajar cara menggunakan platform Shopee yang semakin popular dalam perniagaan jual beli atas talian. Petugas juga memberi tunjuk ajr cara membuat pendaftaran dan cara mengunakan platform Shopee untuk membuat belian.
TARIKH : 08,14,16 & 18 FEB 2020 MASA : 10.00 - 12.00 TENGAHARI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 8 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pengguna/komuniti yang celik IT selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Selain itu, memberi pendedahan maklumat kepada pengguna dan pengguna mengetahui perkembangan dengan isu semasa.
AKTIVITI
Pengguna diberi tunjuk ajar dalam penggunaan komputer dan internet terutama dalam pengisian borang atas talian. Pengguna juga terdiri daripada belia, wanita dan juga ibubapa. Mereka juga turut diberi pendedahan tentang cara pengisian borang yang betul atas talian.
TARIKH : 08 JAN 2020 MASA : 10.00 - 11.00 TENGAHARI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang bijak pandai dalam penggunaan ICT & teknologi selaras dengan perkembangan masa kini.
AKTIVITI
Peserta diajar cara menggunakan Whassap Web bagi memudahkan urusan pemindahan data dari telefon mudah alih kepada komputer untuk urusan cetakan.