TARIKH : 12 OKTOBER 2020 MASA : 3:00 - 5.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Menggalakkan komuniti agar sentiasa kreatif dengan penggunaan sistem operasi komputer selain menggunakan applikasi terkini untuk suntingan imej dan sebagainya.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar kepada komuniti cara edit gambar dengan menggunakan Microsoft Word tanpa perlu menggunakan adobe mahupun aplikasi lain. Selain itu komuniti juga sentiasa lebih kreatif tanpa memikirkan cara menggunakan applikasi lain selain software komputer.
TARIKH : 12, 15 & 19 OKTOBER 2020 MASA : 10.00 PAGI & 3:00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Menggalakkan para belia/bakal raja sehari membuat permohonan secara atas talian bagi pengisian borang perkahwinan. Memberi pendedahan kepada komuniti untuk terus maju dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan menjadi celik it dengan pendedahan penggunaan internet dan penggunaan komputer.
AKTIVITI
Memberi penerangan ringkas E-munakahat sebelum membuat pengisian agar bakal raja sehari tidak panik dan tidak terlalu stress dalam pengisian borang perkahwninan. Sebelum membuat pengisian borang para raja sehari perlu menyediakan dokumen yang lengkap dan telah pun menjalani ujian HIV sebelum membuat permohonan secara atas talian.
TARIKH : 05 & 12 OKTOBER 2020 MASA : 3.00 - 4:00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 5 ORANG |
TUJUAN
Menggalakkan komuniti untuk terus menggunakan penggunaan akaun email untuk penghantaran maklumat atau sebarang dokumen bagi mengelakkan penggunaan USB Port/Pendrive dan sebagainya bagi mengelakkan penyebaran virus secara terus melalui penggunaan komputer.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar cara menggunakan akaun email untuk tujuan rasmi mahupun harian bagi pemindahan data-data atau maklumat dan juga lampiran dokumen. Penggunaan melalui email memudahkan kerja kepada komuniti.
TARIKH : 07 & 12 OKTOBER 2020 MASA : 9.30 & 4:00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 5 ORANG |
TUJUAN
Membuat permohonan Geran Prihatin Khas 2.0 bantuan kerajaan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat berikutan pandemik Covid 19.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar cara membuat pendaftaran dengan login melayari laman web https://gkp.hasil.gov.my bagi membuat permohonan ini. Walaubagaimanpun bagi permohonan yang sudah dibuat pada GPK 1.0 tidak perlu lagi buat pendaftaran kerana data sudah sedia ada.
TARIKH : 18 & 19 SEPTEMBER 2020 MASA : 11:00 - 4:00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 4 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pelajar yang celik komputer dan mahir dalam penggunaan Microsoft word.
AKTIVITI
Mengedit gambar menggunakan Microsoft Word iaitu dengan menggunakan crop image, folder, dan juga tukar background. Peserta juga membuat folio profil murid seperti membuat kulit muka depan.