TARIKH : 05 MAC 2021 MASA : 10.00 - 11.00 TENGAHARI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Menyediakan tempat dan kemudahan penggunaan internet untuk komuniti yang menghadapi peperiksaan perkhidmatan awam secara atas talian.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar kepada calon yang menghadapi peperiksaan secara atas talian cara menggunakan dan cara menjawab peperiksaan.
TARIKH : 03 & 05 MAC 2021 MASA : 10.00 - 1.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Memberi peluang dan pembelajaran baharu bagi pelajar yang biasa belajar secara offline untuk bertukar kepada secara online dan juga memerlukan kekuatan dalam penggunaan internet.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar dalam penggunaan Google Meet untuk sesi pembelajaran dan secara tidak langsung memberi pembelajaran baharu buat pelajar.
TARIKH : 24 JANUARI 2021 MASA : 3.00 - 4.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Untuk melahirkan komuniti yang bijak dalam penggunaan komputer dan IT termasuk untuk urusan perkahwinan.
AKTIVITI
Petugas memberitahu komuniti yang ingin berkahwin perlu mengisi borang perkahwinan secara atas talian. Petugas juga sentiasa berpesan dan mengingatkan komuniti agar sentiasa membawa dokumen yang lengkap bagi tujuan pengisian borang atas talian.
TARIKH : 02, 04 & 25 MAC 2021 MASA : 10.00 - 4.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 5 ORANG |
TUJUAN
Semua pendaftaran kemasukan pelajar Tahun 1 bagi 2022 adalah secara atas talian dan tidak perlu menggunakan borang secara manual. Hal ini memberi peluang kepada ibubapa guru-guru dan penjaga untuk celik it selaras dengan perkembangan masa kini.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar cara kepada ibubapa untuk mengisi borang secara atas talian. Sekiranya masalah lain yang timbul seperti tiada data pihak petugas akan menghubungi guru untuk tindakan selanjutkanya.
TARIKH : 14, 16 & 25 JANUARI 2021 MASA : 10.00 - 11:30 PAGI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 10 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada komuniti agar celik IT selaras dengan perkembangan masa kini dan juga mengetahui cara penggunaan Smartphone dengan bijak dan tahu penggunaannya.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan kemudahan yang ada dalam Smartphone dan cara penggunaan untuk tujuan rasmi. Selain itu juga petugas menerangkan cara penggunaan email dan cara lampirkan dokumen melalui email dan juga penggunaan wassap web.