TARIKH : 13 JUN 2019 MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 14 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada kanak-kanak diperingkat awal tentang penggunaan internet melalui E pembelajaran.
AKTIVITI
Memberi task mewarna secara atas talian, agar mereka biasa dengan penggunaan komputer bagi melahirkan anak-anak yang celik IT diperingkat awal. Peserta seramai 14 orang dari Tabika Kemas Kg Tembila.
TARIKH : 03,14 & 15 JUN 2019 MASA : 10.00 PAGI - 5.30 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 37 ORANG |
TUJUAN
Mempromosi aplikasi penggunaan modul Dashboard Komuniti seperti My komuniti dan My Place agar terus diterima dan digunakan oleh komuniti setempat.
AKTIVITI
Bagi aktiviti Dashboard Komuniti ini kelas turut dibuat secara berasingan iaitu selama 3 hari bermula 03/06, 14hb sehingga 15hb Jun 2019 yang disertai oleh pelajar sekolah seramai 37 peserta. Mereka diajar cara memuat naik dokumen untuk pengumuman My Komuniti, manakala bagi modul My Place pula mereka didedahkan dengan pencarian tempat-tempat menarik sekitar tempat kediaman mereka dan memuatnaik di My Place.
TARIKH : 18 MEI 2019 MASA : 2.30 - 4.30 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 10 ORANG |
TUJUAN
Mempromosi Dashboard Komuniti kepada pengunjung dan mempraktikkan penggunaan modul Dashboard Komuniti.
AKTIVITI
Mempelajari modul My Place dengan carian tempat-tempat menarik disekitar kawasan berdekatan dengan Pusat Internet. Selain tempat- tempat menarik, kemudahan awam, makanan yang menjadi tarikan dan pilihan orang ramai dan kemudahan hospitaliti yang disediakan turut dinyatakan dalam My Place bagi mengwar-warkan kemudahan yang terdapat dikampung ini bagi menggalakkan orang ramai datang memeriahkan lagi suasana dan industri pelancongan.
TARIKH : 02 JUN 2019 MASA : 2.30 - 4.30 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 9 ORANG |
TUJUAN
Untuk melahirkan pengguna yang bijak dalam penggunaan komputer dan mahir dengan Microsoft Publisher untuk tugasan sekolah dan rutian harian
AKTIVITI
Mengadakan kelas pembelajaran Microsoft Publisher untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, seramai 9 orang peserta. Mereka diberi tugas membuat Kad Ucapan Selamat Hari Raya dengan menggunakan Microsoft Publisher.
TARIKH : 17 MEI 2019 MASA : 10.00PAGI - 12.00 TENGAHARI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 8 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada pengunjung agar berhati-berhati ketika membuat setiap klik di internet agar mereka tidak melakukan sebarang kesalahan dalam penggunaan internet dan mematuhi peraturan penggunaan etika internet.
AKTIVITI
Mereka diberi penerangan apa itu Klik Dengan Bijak dan mempelajari etika penggunaan internet. Selain itu mereka juga turut diserta dengan taklimat ringkas melalui video-video seperti Grooming 'Online, Bully Cyber' dan lain-lain yang beretika ketika penggunaan internet.