TARIKH : 04 JULAI 2019 MASA : 10.00PAGI - 11.00 TENGAHARI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pengguna yang celik it dan mahir dalam penggunaan Microsoft Office.
AKTIVITI
Peserta membuat kemasukan data dengan menggunakan Microsoft Excell.
TARIKH : 02 & 07 JULAI 2019 MASA : 10.00PAGI - 12.00 TENGAHARI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 6 ORANG |
TUJUAN
Mewujudkan pengguna yang mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk rutian harian dan juga dialam pekerjaan.
AKTIVITI
Pelajar mencari bahan untuk tugasan sekolah dengan memuatturun bahan artikel dan juga gambar untuk dijadikan rujukan tugasan.Mereka diberi tunjuk ajar cara memuatturun bahan samaada melalui telefon mahupun penggunaan komputer.
TARIKH : 15,17, 22 & 29 JUN 2019 MASA : 3.00 - 6.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 13 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang mahir dalam penggunaan komputer terutama penggunaan Microsoft Word yang menjadi kegunaan rutin harian masa kini.
AKTIVITI
Peserta diberi tugasan dengan membuat kad ucapan sempena Hari Bapa dan Hari Raya. Selain itu juga mereka diajar cara mengedit gambar dengan menggunakan Microsoft Word serta cara membuat pamplet. Peserta yang terlibat seramai 13 orang dan antaranya mereka adalah pelajar sekolah rendah, menengah mahupun pelajar universiti.
TARIKH : 29 JUN 2019 MASA : 3.00 - 4.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Menggalakkan pengguna menggunakan Media Sosial sebagai platform kemudahan yang boleh digunakan untuk tujuan urusan peribadi mahupun urusan perniagaan.
AKTIVITI
Peserta didedahkan cara menggunakan Whassap Web melalui penggunaan komputer tanpa menggunakan telefon pintar. Dengan kaedah ini lebih mudah untuk membuat pindahan dokumen seperti gambar mahupun lain-lain dokumen tanpa menggunakan USB port.
TARIKH : 13,15, 16 & 29 JUN 2019 MASA : 2.30 - 5.30 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 8 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pengguna yang celik IT, mahir dalam penggunaan komputer dan berpegetahuan luas tentang dunia internet.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar dalam pembelajaran toturial iaitu tutorial membuat latihan Matematik dengan bimbingan petugas dan pembelajaran melalui Youtube. Mereka juga diajar cara pendaftaran email, memuatnaik dokumen dan cara penggunaan email dengan betul.