AKTIVITI : KUIZ KAHOOT IT TARIKH : 12 APRIL 2019 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 5 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas E-pembelajaran kuiz ini diadakan adalah untuk menarik minat peserta dalam menggunakan dan menguasai teknologi maklumat seperti penggunaan komputer dan laman web.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Petugas PI menerangkan peraturan dan cara menyertai kuiz tersebut. Peserta perlu menjawab soalan yang berkaitan PI menerusi komputer masing-masing dengan pantas dan tepat. Peserta seronok dapat menyertai aktiviti seperti ini dan berharap agar aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi.
AKTIVITI : PENDEDAHAN KLIK DENGAN BIJAK TARIKH : 8 APRIL 2019 MASA : 4.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 10 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas KDB ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkenaan Klik Dengan Bijak kepada pelajar luar bandar serta dapat menyebarkan kepada masyarakat setempat.
Aktiviti
Petugas PI menerangan konsep dan kepentingan KDB melalui tayangan video dan slide ringkas. Peserta yang terlibat merupakan pelajar sekolah rendah dan menengah.
AKTIVITI : PENDAFTARAN PERSEKOLAHAN SECARA ATAS TALIAN TARIKH : 8 APRIL 2019 MASA : 10.00 PAGI - 11.00 PAGI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini adalah supaya masyarakat luar bandar mampu untuk melakukan sebarang urusan yang melibatkan atas talian seperti pendaftaran persekolahan tersebut.
Aktiviti
Petugas PI membantu dan memberi tunjuk ajar kepada peserta dalam melengkapkan proses pendaftaran tersebut.
AKTIVITI : TUTORIAL MATEMATIK TARIKH : 7 APRIL 2019 MASA : 4.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
Tujuan
Untuk membantu pelajar luar bandar meningkatkan kemahiran dalam bidang akademik.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta dibantu oleh petugas PI dalam menyelesaikan soalan yang sukar.
AKTIVITI : MICROSOFT POWERPOINT FOR BEGINNER TARIKH : 4 APRIL 2019 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 10 ORANG |
Tujuan
Untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan perisian tersebut. Di samping itu, dapat mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI seperti kelas IT percuma kepada ahli yang berdaftar.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Peserta diberi penerangan serta contoh untuk menggunakan perisian tersebut oleh petugas PI. selain itu, peserta dapat mempelajari cara-cara untuk memuat turun gambar daripada laman internet untuk dijadikan bahan pelajaran Microsoft Powerpoint.
AKTIVITI : MARI BELAJAR MENAIP TARIKH : 3 APRIL 2019 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 10 ORANG |
Tujuan
Untuk meningkatkan tahap kemahiran peserta dalam penggunaan Microsoft Word seperti menaip dan cara - cara asas penggunaan. Selain itu, supaya dapat melahirkan generasi celik IT di masa hadapan.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta didedahkan dengan perisian Microsoft Word bersama dengan cara-cara asas penggunaannya. Petugas PI membantu peserta untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.