AKTIVITI : PEMERIKSAAN KESIHATAN MY HEALTH VERSION 2 TERIKH : 26 OKTOBER 2018 MASA : 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 41 ORANG |
Tujuan
Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk mempromosi salah satu kemudahan yang telah disediakan di Pusat Internet Kg Tembila selain daripada kemudahan IT seperti mencetak, fotostat dan sebagainya. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk setempat.
Aktiviti
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran. Seterusnya taklimat ringkas oleh pengerusi program berkaitan program yang dijalankan kepada peserta yang hadir. Pemeriksaan kesihatan dimulakan dengan mengambil maklumat - maklumat penting seperti bacaan tekanan darah, ukur lilit pinggang, bacaan berat badan, tinggi peserta dan seterusnya bacaan glukos dalam darah peserta. Program ini dijayakan dengan kerjasama KRT Kg Tembila serta PI Anak Musang dan PI Jabi.
AKTIVITI : PENGENALAN LAMAN WEB SPA8I TARIKH : 20 OKTOBER 2018 MASA : 11.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk membantu golongan belia dalam menggunakan kemudahan teknologi kemudahan internet dan sebagainya dalam kehidupan seharian mereka. Disamping itu juga, dapat mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat luar bandar.
Aktiviti
Peserta diajar dan dibimbing oleh petugas PI cara-cara mengisi permohonan pekerjaan dalam laman web spa8i.
AKTIVITI : LAWATAN TABIKA KEMAS TELUK BAYU TARIKH : 18 OKTOBER 2018 MASA : 10.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 14 ORANG |
Tujuan
Untuk memperkenalkan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet kepada kanak-kanak cilik.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada kanak-kanak cilik Tabika Kemas Teluk Bayu. Peserta diberi taklimat ringkas dalam sesi perkenalan bersama petugas PI dengan ahli Tabika Kemas. Kemudian peserta ditayangkan video cerita animasi mengikut tahap peserta. Selepas itu, sesi mewarna secara atas talian. Peserta amat teruja dan gembira dapat mewarna dengan menggunakan kemudahan komputer dan merasai menggunakan tetikus.
AKTIVITI : LATIHAN ASAS E-REZEKI TARIKH : 18 OKTOBER 2018 MASA : 10.00 PAGI - 1.00 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Untuk memberi latihan dan bimbingan kepada peserta berkenaan cara-cara untuk menambah pendapatan secara dalam talian menerusi laman E-rezeki.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada belia. Peserta diberi taklimat dan penerangan berkenaan latar belakang E-rezeki dan peranannya dalam membantu peserta untuk menambah pendapatan sampingan.
AKTIVITI : PROGRAM ICT & DASHBOARD KOMUNITI DI SK TEMBILA TARIKH : 4 OKTOBER 2018 MASA : 9.30 PAGI - 12.30 PETANG TEMPAT : SK TEMBILA PESERTA : 48 ORANG |
Tujuan
Untuk mempromosikan dan memperkenalkan Pusat Internet kepada komuniti SK Tembila. Disamping itu, dapat menarik minat golongan pelajar dalam mengenali dan menggunakan kemudahan teknologi seperti kemudahan mengakses internet, dan menggunakan aplikasi perisian Microsoft Office.
Aktiviti
Program dimulakan dengan acara pendaftaran. Kemudian sesi taklimat berkenaan Dashboard Komuniti oleh petugas PI. Antara acara yang dijalankan adalah kuiz kahoot, kuiz teka silang kata, kuiz peralatan komputer, permainan musang berjanggut, dan puzzle manual. Para peserta sangat teruja dan bersemangat sepanjang program tersebut. Sebagai mengakhiri program, telah diadakan acara penyampaian hadiah.