AKTIVITI : LATIHAN KEUSAHAWANAN E-REZEKI TARIKH : 27 JULAI 2018 MASA : 9.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : PELAJAR KOLEJ/UNIVERSITI, BELIA & WANITA |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menyediakan kemudahan kepada golongan tersebut untuk menyertai dunia keusahawanan disamping dapat mempromosi PI Kg Tembila
Aktiviti
Peserta diberi taklimat ringkas dan tayangan video berkenaan e-rezeki. Kemudian peserta mendaftar secara atas talian untuk meneruskan program serta latihan e-rezeki.
AKTIVITI : TAYANGAN VIDEO CERITA KANAK-KANAK TARIKH : 11 JULAI 2018 MASA : 9.00 PAGI - 11.00 PAGI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 45 ORANG |
Tujuan
Program ini dijalankan untuk mempromosi kemudahan yang disediakan di PI Kg Tembila. Disamping itu juga bertujuan untuk memperkenalkan PI kepada pelajar cilik.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar Tabika Kemas Kg Tempinis. Para peserta diperkenalkan dengan segala kemudahan yang disediakan di PI dan seterusnya menonton tayangan video cerita kanak-kanak.
AKTIVITI : PUZZLE ONLINE TARIKH : 7 JULAI 2018 MASA : 3.00 PETANG - 4.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 3 ORANG |
Tujuan
Tujuan diadakan aktiviti tersebut ialah untuk mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan laman web dan IT.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta diberi taklimat ringkas tentang permainan atas talian atau online. Peserta membuka laman web Jigsaw Planet.
AKTIVITI : KEMAHIRAN ASAS MICROSOFT TARIKH : 7 JULAI 2018 MASA : 10.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 3 ORANG |
Tujuan
Kelas IT tersebut dihadiri oleh pelajar sekolah menengah dan golongan belia. Tujuan kelas diadakan adalah untuk memberi latihan asas penggunaan Microsoft terutamanya Microsoft Word kepada pelajar luar bandar.
Aktiviti
Petugas PI memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara menggunakan Microsoft Word dengan efektif.
AKTIVITI : HARI TERBUKA PUSAT INTERNET KG TEMBILA TARIKH : 6 JULAI 2018 MASA : 8.30 PAGI - 1.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : KOMUNITI |
Tujuan
Program Hari Terbuka Pusat Internet Kg Tembila diadakan dengan kerjasama JKKK dan KRT Kg Tembila. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan hari bersama komuniti disamping dapat memperkenalkan PI serta semua kemudahan yang disediakan di PI kepada semua lapisan masyarakat.
Aktiviti
Program dimulakan dengan acara sukaneka. Antara sukan yang disediakan adalah permainan tiga kaki( ikat kaki), isi air dalam botol dan kerusi berirama. Pada masa yang sama, terdapat acara yang diadakan di dalam bilik latihan PI iaitu, Dashboard Komuniti, My Shop, Sebenarnya.my, E-Waste, Kilk Dengan Bijak, dan perbankan dalam talian. Seterusnya acara puzzle manual dan kuiz bertulis yang diadakan secara serentak namun tempat yang berbeza. Untuk acara yang terakhir iaitu penyampaian hadiah dan juga cabutan bertuah. Pengunjung menikmati jamuan sebelum beredar.
AKTIVITI : CREATING PAMPHLET TARIKH : 1 JULAI 2018 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menggunakan aplikasi Microsoft disamping dapat menambah ilmu dalam melayari laman internet.
Aktiviti
Para peserta dikehendaki untuk membuka aplikasi atau perisian Microsoft Publisher. Kemudian, mereka diberi tunjuk ajar cara-cara untuk merekacipta pamplet yang menarik. Para peserta menunjukkan minat yang tinggi dalam mengikuti kelas IT tersebut.