USAHAWAN PERNIAGAAN PRODUK KEREPEK BELINJAU / NINJA

Nama : Hajah Eshah Binti Yusof

Umur : 63 Tahun

Ahli : 2018

 

Latar belakang

Hajah Eshah ataupun dikenali sebagai Kak Sah juga dikenali sebagai Cik Ngah merupakan anak jati Kg Tembila, Besut Terengganu. Beliau bermula menceburi bidang perniagaan ini sekitar tahun 2016 memandangkan terdapat beberapa pohon pokok belinjau di kawasan rumah beliau. Beliau terus mendapat ilham untuk membuat kerepek belinjau dan dipasarkan mengikut tahap ekonomi setempat. Kemahiran dan semangat beliau menjadi dorongan yang kuat untuk terus berniaga walaupun telah berusia melebihi 60 tahun. 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan PI, pelanggan beliau hanya terhad kepada penduduk di sekitar Kg Tembila sahaja.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

 Setelah menyertai beberapa program yang diadakan di PI, beliau mula menggunakan aplikasi Whatsapp sebagai medium untuk berhubung dengan pelanggan untuk tempahan. Kemajuan ini telah meningkatkan jualan produk beliau. Beliau juga telah memasarkan produk tersebut ke dalam aplikasi Dashboard Komuniti - My shop.

Pihak PI juga membantu beliau dengan memperkenalkan produk beliau kepada pelanggan PI yang datang. Hal ini juga telah meningkatkan jumlah pelanggan beliau.

preview

 

USAHAWAN PERNIAGAAN PRODUK KEREPEK POPIA

Nama : Hatipah Binti Abdul Rahman @ Abdul Wahab

Umur : 34 Tahun

Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn Hatipah berasal dari Kg Gong Jelutong, Besut, Terengganu. Beliau merupakan anak keempat daripada sembilan adik beradik. Perniagaan produk kerepek popia bermula apabila beliau kembali ke kampung pada tahun 2017. Sebelum itu, beliau bermula dengan perniagaan sebagai agen tambah nilai kredit. Peluang perniagaan kecil-kecilan di kampung amat luas bagi beliau dan seterusnya telah mendorong beliau untuk terus berkecimpung dalam keusahawanan perniagaan tersebut.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau hanya menggunakan internet melalui telefon mudah alih sahaja dan menyukarkan kerja beliau. Selain itu juga, jumlah pelanggan untuk produk beliau juga kurang memuaskan. Hal ini kerana, penduduk sekitar tidak mengetahui tentang perniagaan beliau. Tahap kreativiti dari sudut pengiklanan dan promosi juga agak rendah.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI 

Kini beliau selalu menggunakan kemudahan wifi komuniti yang disediakan dari Pusat Internet Kg Tembila. Beliau juga semakin dikenali oleh penduduk setempat dan kawasan disekitarnya dan sekaligus meningkatkan jualan produk kerepek popia beliau. Setelah mengikuti kelas ICT yang disediakan, tahap kreativiti pengiklanan dan promosi beliau turut meningkat.

selain itu, beliau juga dapat memasarkan produk beliau melalui aplikasi Dashboard Komuniti - My Shop. Beliau juga kerap mendapat tempahan melalui aplikasi Whatsaap.

preview

 

KEUSAHAWANAN JUALAN BURGER , SOSEJ DAN STOKIS PRODUK KOSMETIK TEMPATAN

 Nama : Nor Hasmira Bt Hashim

 Umur : 28 Tahun

 Ahli : 2014

 

Latar belakang

Nor Hasmira merupakan anak jati Kg Tembila dan anak ketiga daripada 6 adik beradik. Beliau bermula berniaga pada pertengahan tahun 2006 selepas berjaya menamatkan pelajaran di universiti tempatan. Semangat yang kuat berserta dorongan dan galakkan yang diberi oleh ahli keluarga telah mendorong Hasmira untuk menceburi bidang perniagaan tersebut disamping dapat menambah pendapatan beliau.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Perniagaan beliau hanya terhad kepada kawan-kawan dan kawasan Kg Tembila sahaja.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Melalui kelas keusahawanan yang disertai oleh beliau, beliau berjaya mengembangkan perniagaan beliau dengan menggunakan aplikasi Whatsaap dan  Facebook untuk mempromosikan perniagaan beliau serta membuat tempahan. Melalui kelas IT yang disertai oleh beliau juga, banyak memberi manfaat dimana beliau berjaya menghasilkan iklan yang menarik serta berkesan untuk menarik pelanggan.

Beliau juga sering mengunjungi PI untuk menggunakan kemudahan internet serta mempelajari tentang keusahawanan. Pihak PI juga membantu menyebarkan / mempromosi perniagaan beliau kepada penduduk setempat.Beliau berpendapat hebahan dalam talian amat memudahkan dan menguntungkan dimana sering mendapat respon dan tempahan daripada pelanggan.

preview

 

 

USAHAWAN PERNIAGAAN KEDAI MAKAN DI KG TEMBILA

 Nama : Pn Sarifah Bt Ismail

 Umur : 45 Tahun

 Ahli : 2018

 

Latar belakang

Pn Sarifah berasal dari Kg Gong Berangan, Tempinis dan merupakan anak bongsu daripada 7 orang adik beradik. Beliau telah pun bergelar usahawan pada waktu dahulu apabila berjaya membuka kedai butik pengantin dan menjual goreng pisang dan ABC sekitar tahun 2006. Pada tahun 2010 beliau kembali menetap di kampung dan seterusnya berjaya menyewa sebuah kedai yang baru dibina oleh JKKK Kg Tembila pada tahun 2017.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum ini beliau melayari internet dengan hanya menggunakan data telefon dan menyukarkan urusan beliau. Selain itu juga, beliau kurang dikenali oleh masyarakat di Kg Tembila menyebabkan kurang mendapat sambutan.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau kini lebih selesa dengan penggunaan wifi yang disediakan secara percuma dari PI dan beliau juga semakin dikenali di sekitar Kg Tembila. Selain itu, Beliau juga kerap menerima tempahan dari aplikasi Whatsaap. Melalui kelas dan tunjuk ajar dari pihak PI, beliau berjaya mempromosi masakan beliau di Dashboard Komuniti My Shop.

Pihak PI juga membantu menhebahkan perniagaan beliau melalui hebahan kepada komuniti dan Facebook. 

preview

 

 

MENGUASAI KEMAHIRAN MENAIP, MENCETAK & MELAYARI INTERNET

 Nama : Muhammad Hakimen Bin Ghazali

 Umur : 14 Tahun

 Ahli : 2015

 

Latar belakang

Beliau berasal dari Kg Tembila dimana jarak antara rumah beliau dengan PI hanya dalam 300 meter. Beliau merupakan pengunjung yang setia dimana setiap petang dan setiap kelas IT, kelibat beliau mesti ada. Kekerapan beliau menyertai kelas IT telah memberi banyak faedah dimana beliau berjaya menguasai kemahiran menaip, mencetak dan melayari internet untuk mencari informasi pembelajaran.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum menyertai kelas IT, beliau hanya mahir asas komputer sahaja.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau menunjukkan peningkatan yang baik dimana Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, dan Publisher berjaya digunakan dengan cemerlang. Selain itu, beliau juga dapat menggunakan kemudahan internet untuk tujuan pembelajaran. Peningkatan kemahiran beliau dalam bidang IT menjadikan beliau seorang yang lebih berdaya saing dan berjaya berdiri sama level dengan pelajar bandar.

Beliau juga dapat membantu pelajar lain yang lemah dalam bidang IT. Dengan mempunyai pengetahuan tentang IT atau penggunaan komputer, beliau juga dapat mempersiapkan diri untuk menempuh zaman berteknologi tinggi.

 preview